Thursday, December 3, 2015

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 60) berkenaan ambilan yang dihantar ke Salang (22 Syawal 1181 = 12 Mac 1768)

Qawluhu al-Haq

Ini disalin daripada daftar besar diberi pergi ke Salang di suruh beri pada Orang Kaya Light Kapitan Dewa Raja, minta dikeluarkan beri mari. Ha.

Pada sanah 1181 tahun, pada dua likur haribulan Syawal, ambilan Marikan Ban Kin Salang pada hadrat Dato’ Laksamana, mata emas lima puluh emas. Pada dua puluh hari bulan Saaban, ambilannya opium sembilan kati, harganya sebahara timah Salang.

Sebagai pula diambilan mata emas seratus emas, jumlah diambil mata emas, kedua fasal ini seratus lima puluh emas, jadi timah dua bahara Salang dan mata emas enam emas, jumlah harga opiun dan mata emas itu jadi tiga bahara timah Salang, dan emas enam emas, akan emas itu dimaafkan hadrat Dato’ akan Marikan itu. Ha.

Sanah 118 tahun2 wau dulapan belas hari bulan Jamadil Awal, disalin daftar ambilan Mam Pet anak Cam Rong bernama Waprak Kit duduk sehari2 ini, emas putih tiga puluh emas sambutannya jadi timah lima keping, dan ambilan garam enam nalih harganya sekeping. 

Sebagai pula diambilnya opiun dulapan kati, harganya sebahara timah. 

Sebagai diaku hutang bapaknya lima belas bahara, jumlah jadi enam belas bahara enam keping. 

Dalam ini sudah disemukakan suruh bayar akan Marikan Ban Kin lima bahara, sudah ditolak ini, baki lagi tinggal sebelas bahara enam keping timah Salang ini, hendaklah anakanda Orang Kaya Light Kapitan Dewa Raja tolong keluar beri mari kata dalam surat anakanda piutang lama2 tiada boleh ditunggu, tiada dibenar Raja Maha Besar akan utang ayahanda pada Marikan.

Itu pun hutang lama lagi sudah ayahanda semukakan, sudah selesai itu, lagi dikerasinya teman ayahanda fakir sahib itu dikehendakinya, jika tiada dengan penolong anakanda, teraniayalah teman ayahanda dan harta ayahanda. 

Ahwal inilah ayahanda nyatakan, minta anakanda tolong kerasi, keluarkan hak ayahanda kepada Waprak Kit itu boleh2.

Tamat.

No comments:

Post a Comment