Thursday, November 26, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukaram Shah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 47) berkenaan pembelian minyak tir, 5 koyan beras dan kain sutera

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 


Ahwal adalah surat sahabat beta beri mari pada teman Cina Kai itu sudahlah sampai kepada beta. Maka tersebut dalamnya sahabat beta beri mari minyak tir satu tong. Maka minyak itu sudah sampai, beta suruh terima ambil. 

Dan lagi tersebut dalam surat sahabat beta2 pinta beras lima puluh koyan. Maka akan perintah beras ini sudah ada surat sahabat beta beri mari dahulu, fasal beras akan jadi belanja sahabat beta sendiri pada sebulan tiga koyan dengan harga pada sekoyan empat puluh rial telah beta benarkanlah seperti pinta sahabat beta, kerana beras belanja sahabat beta sendiri. Maka akan harga beras di Kedah ini pun dibeli orang pada sekoyan lima puluh tengah dua rial. Maka hal beras ini pula banyak susah, disuruh kutip beli dihimpunkan itu dengan berapa belanja tambahan. Sekarang ini musim ketika segala rakyat duduk buat keraja bendang, dengan sebab itu jadi lagi banyak susah boleh beras. Demikianlah ada perintah beras dalam Kedah ini beta nyatakan pada sahabat beta. 

Maka itulah cucu beta itu Cik Long, beta suruh pergi kepada sahabat beta, serta bawa beras sebuah perahu, boleh sahabat beta suruh terima ambil beras itu, bayar harganya pada cucu beta, serta sahabat beta suruh buat daftar banyak berasnya, beri mari. Maka akan hal beras yang lain daripada belanja sahabat beta itu, berapa harganya pada sekoyan boleh sahabat beta tentukan, beri mari pada cucu beta itu barang yang dapat boleh beras itu, beta suruh hantar pergi. Maka dalam beras itulah ada boleh labanya sedikit2 jadi belanja beta. Akan perniagaan yang lain pun sudah tiada dalam Kedah ini, sahabat beta pun lebih tahu perintah itu. 

Bermula akan sutera sepeti yang sahabat beta beri mari pada anak beta itu Cik Awi, harganya tiga ratus enam puluh rial. Dalam itu sudah beta suruh hantar pergi pada Panjang Aceh dua ratus enam puluh rial, baki lagi seratus rial itu ada harga budak pada Armani. Maka kata sahabat beta tiada ketahui fasal itu. Maka itulah beta beri pergi pada cucu beta itu seratus sepuluh rial, boleh sahabat beta terima ambil baki harga sutera itu seratus rial dan harga minyak tir itu sepuluh rial, boleh selesai akan harga budak pada Armani itu, boleh cucu beta itu berkira selesai dengan Armani itu dengan tolong sahabat beta. Ahwal inilah beta nyatakan kepada sahabat beta. 

Perbuat surat pada tujuh belas haribulan Zulhijah, hari Ahad. Tamat.

No comments:

Post a Comment