Friday, November 13, 2015

Senarai hutang Dato Raja Dewa Makota, Dato Raja Pahlawan dan Bendahari Muhamad Lebai dengan orang Pulau Pinang (MS40320/3 folio 36) pada Ahad, 14 Zulhijah 1200, tahun Jim (8 Oktober 1786)

Qawluhu al-haq

Pada tarikh seribu dua ratus tahun pada tahun Jim, empat belas haribulan Zulhijah pada hari Ahad, bahawa pada ketika itu, ini menyatakan, maka adalah Panglima Long Abas membawa daftar pihutang Dato’ Raja Dewa Makota dan Dato’ Raja Pahlawan dan Bendahari Muhamad Lebai kepada orang Pulau Pinang. Tamat.

Dan babat ambilan Cik Bakar, tujuh puluh dua rial sesuku.
Dan ambilan jurumudi, tiga puluh tengah empat rial.
Dan ambilan Cik Man kepada tiga orang, seratus empat puluh tiga emas.
Dan ambilan Pak Buyung, seratus rial.
Dan ambilan Cik Mualim menantu Mumta, dulapan rial.
Jumlah dua ratus dulapan puluh lima rial sesuku.

Ini fasal pihutang Tuan Mualim Emas kepada orang Pulau Pinang 
Dan ambilan Cik Man, tiga puluh rial.
Dan ambilan Kangpat, lima belas rial, jadi jumlah empat puluh lima rial.

Ini fasal pihutang Dato’ Seri Maha Raja Dewa dan Nakhoda Syeikh.
Dan ambilan Cik Jinal dua fasal itu jadi empat puluh dua rial tengah empat suku.
Jumlah tiga fasal ini jadi tiga ratus tujuh puluh tiga rial sekupang.

Dan wasil Cik Bakar diterima Cik Udin, tengah sebelas rial. 
Dan wasil Cik Bakar diterima Nakhoda Buyung, lima rial itu diserahkan kepada Saad? [koyak].
Dalam itu ditolak wasil Cik Bakar tengah enam belas rial, baki lagi tiga ratus lima puluh enam rial tiga suku sekupang.

Wakatibuhu Raja Setia Muluk. Tamat.

[MS40320/3 f.36v]
Ini daftar orang Pulau Pinang ditolak Seri Maharaja Dewa kepada Tuan Gurnador.

No comments:

Post a Comment