Wednesday, May 13, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 40) berkenaan dagangan kain dan opium

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.


Maka adalah beta dengar khabar kata perahu Bugis datang ke Pulau Pinang membawa dagangan kain dan barang-barang. Maka inilah beta suruh Saudagar Sulaiman pergi pada sahabat beta, pinta dengan penolong sahabat beta suruh tawar dagangan itu, barang yang berkenan pada Saudagar Sulaiman itu, dengan harga yang serupa sedikit, dibeli serahkan pada saudagar ini.

Dan opium beta pinta beli barang sepuluh peti dengan harga baik, diserahkan saudagar ini juga, diberi balik dengan segeranya, mari pada beta. Inilah dinyatakan.

Perbuat surat pada lima belas haribulan Rabiul Awal, hari Isnin. Tamat.

[Di belakang surat]

King's Letter for Opium
15 Rabee ool awal
Sent 4 (chunk?) by (xxxx?)

No comments:

Post a Comment