Thursday, May 21, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 62) berkenaan rakyat Kedah yang bekerja serta pesanan papan Merbau dari Francis Light

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.


Maka adalah surat serta hadiah daripada sahabat beta dibawa Kapitan Dickson itu telah sampailah pada beta, beta terima ambil dengan kesukaan. 

Maka tersebut dalam surat sahabat beta fasal rakyat itu. Jika ada lagi kerja sahabat beta, suruhlah rakyat itu. Apabila sudah selesai kerja sahabat beta, maka beta pun hendak suruh bekerja. 

Maka akan papan Merbau sahabat beta kehendak dua keping, panjang enam hasta, tebal lima jari, maka tiada tentu lebarnya. Jika papan yang kecil kurang lebar, sekarang pun boleh beta beri pergi. Jika yang lebar ditentukan sekian-sekian itu, boleh beta suruh pergi tetak. Inilah beta nyatakan pada sahabat beta.

Perbuat surat enam belas haribulan Ramadhan. Tamat.

No comments:

Post a Comment