Friday, April 10, 2015

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS40320/9 folio 78) tentang pembelian beras oleh Cina Lek beserta cukai

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 

Maka adalah surat sahabat beta beri mari pada teman Cina Kai, nama Cina Lek, tersebut dalamnya minta beta benarkan Cina Lek membeli beras dua koyan. Maka sudahlah beta benarkan Cina Lek membeli beras. Maka dibeli Cina Lek beras tengah tiga koyan, muat dalam perahunya bawa pergi itu. 

Maka perintah beras padi ini sudah diadatkan dari dahulu, barang yang dibawa keluar ke Setul (Lepu?/Lengu?) atau barang ke mana pun diambil cukainya. Maka sekarang sahabat beta ambil pada Cina Kai, cukai beras tengah tiga koyan itu lima puluh rial beri mari, jangan binasa adat. Ahwal itulah beta nyatakan kepada sahabat beta.

Perbuat surat empat belas haribulan Safar hari Ahad. Tamat.

No comments:

Post a Comment