Friday, April 10, 2015

Senarai Penduduk Keling, Melayu, Acheh dan Tenu di Pulau Pinang (MS40320/3 folio 8)

Babat suku orang Keling yang anak bini dalam pekan Pulau Pinang


4 pertama Osman Naina, dua ruang kedai, dua laki bini, orang berhutang dua orang, datang dari Kedah. 

4 dan Muhamad Ali Marikan, dua ruang kedai, dua laki bini dan ipar, teman seorang, jadi empat orang, Perai. 

9 dan khatib Lebai, enam ruang kedai, tujuh beranak, orang berhutang dua orang, datang dari Kedah. 

3 dan pandai emas, dua ruang kedai, tiga beranak, datang dari Kedah. 

4 dan Bapu Tenu, seruang kedai, tiga beranak, hamba seorang, datang dari Kedah. 

3 dan [mansai?], dua ruang kedai, tiga orang. 

8 dan Nakhoda Pak Bicara, dua ruang kedai, empat beranak, datang dari Selangor, orang hutang empat. 

6 dan orang Tenu Mahyuddin, tiga ruang kedai, enam beranak, datang dari Kedah. 

8 dan saudagar Abdul Ghani, tiga ruang, bini dua dengan anak jadi lima, hamba seorang, hutang dua orang. 

2 dan orang Tenu Nenek, tiga ruang kedai, dua laki bini, Kedah. 

5 dan orang Tenu Babu, dua ruang kedai, lima beranak, datang dari Kedah. 

7 dan bayar dua ruang kedai, lima beranak, datang dari Kedah, hamba dua orang. 

3 dan Omar Sab, tiga ruang kedai, tiga beranak, datang dari Kedah. 

6 dan panjang dua ruang kedai, enam beranak datang dari Kedah. 

5 dan (dua nama lima?/Dona Malim?), dua ruang, lima beranak, datang dari Kedah. 

2 dan Maula Abdul Mukmin, seruang kedai, dua laki bini, datang dari Kedah. 

7 dan Lebai Kayang, empat ruang kedai, tujuh beranak, datang dari Kedah. 

5 dan Lebai Capik, empat ruang kedai, empat beranak, orang berhutang seorang, datang dari Perlis. 

8 dan orang Tenu (seuyan?), empat ruang kedai, dulapan beranak, datang dari Kedah. 

3 dan orang Tenu [Ain Nu?], dua ruang kedai, tiga beranak, Kedah. 

2 dan dari Cik Madar, dua ruang kedai, dua laki bini, Kedah. 

9 dan orang Tenu Baujan, tiga ruang kedai, sembilan beranak, datang dari Kedah. 

1 dan orang Tenu Budi Mak Tang, seruang. 

3 dan orang Tenu Din Muhamad, dua ruang kedai, tiga beranak. 

4 dan orang Tenu Ipu, tiga ruang, empat beranak. 

[Di belakang surat] 

Ini daftar orang Keling, Melayu, Acheh, Tenu dalam Pekan Pulau Pinang, banyak rumah dan orang. 

No comments:

Post a Comment